Agar Jemuran Cepat Kering di Musim Hujan-Apabila musim hujan, pakaian yang sedang dijemur susah kering dan jadi apek kerana tidak kering dengan sempurna. Berikut adalah tips yang mungkin boleh anda cuba dirumah.
Jemuran Cepat Kering di Musim Hujan
Jemuran Cepat Kering di Musim Hujan

1. Gantung Pakaian anda

Salah satu penyelesaian yang boleh anda lakukan adalah menggantung pakaian anda di dalam bilik. Biarkan pakaian kering tertiup angin. Ini merupakan penyelesaian terbaik yang boleh anda lakukan di musim hujan ini.

2. Jemur Di Bilik Mandi

Biarkan air dari pakaian menetas di bilik mandi sekaligus tidak akan membuat kotor rumah anda. Setelah itu baru jemur di tempat yang anda kehendaki. Ini akan membuat pakaian jauh lebih cepat kering.

3. peras Air

Jika anda mempunyai mesin basuh mungkin anda tak perlu melakukan ini. Namun jika anda tidak mempunyai mesin basuh anda perlu memerah air pada pakaian sehingga benar-benar kering sebelum menggantungnya.

4. Hilangkan Bau Tidak Sedap

Pada masa menjemur baju dalam rumah pastikan tidak ada bau yang kurang sedap yang boleh memberi kesan kepada baju-baju anda.

5. jaga Kelembapan

Menjemur di dalam rumah seringkali semakin meresahkan kerana bau apek yang disebabkan oleh bakteria yang tumbuh kerana bilik terlalu lembab. Ini boleh anda atasi dengan meletakkan garam di sudut rumah untuk menjaga kelembapan.

6. Biarkan Udara Segar Masuk

Bukalah tingkap agar udara boleh masuk dan mengeringkan pakaian yang anda jemur. Bau apek yang melekat juga akan hilang dengan peredaran udara yang bagus. Pakaian juga akan kering dengan lebih mudah jika anda memastikan peredaran udara berjalan dengan lancar.

Semoga tips dari blog ini berguna bagi anda.

***
-berbagai sumber-